Wednesday, August 25, 2010

Fikirlah




ya insan


fikirlah sedalam mungkin apa arah hidupmu

sematkan ke dalam jiwa azam kental yang jitu

kerana hidup ini bukan untuk bersuka ria

tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah tersedia

untuk ditempa


ya insan


fikirlah apa tujuan hidupmu

carilah di dalam diri

nescaya kau kan temui

satu rahsia yang tak dapat untuk kau

tafsirkan sendiri


ya insan


akupun sedang mencari satu kehidupan

yang abadi

tak sanggup hidup dengan berkelumang dosa lagi

kerana hidup ini tiada dua,tiganya lagi

sampai ajal roh dan jasad tak kan bersatu lagi

1 comment: